Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Dana) Dari Persatuan Sepaktakraw Negara Brunei Darussalam (Pestabaru)

2011-0313-pestabaru01

Pada hari Ahad, 08 Rabiulakhir 1432H bersamaan 13 Mac 2011M, bermula kira-kira jam 1.30 petang, iaitu semasa Perlawanan Akhir Kejohanan Sepaktakraw Regu Kebangsaan “Piala YSHHB” sempena Sambutan hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 27 Tahun anjuran PESTABARU dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kebangsaan, Berakas, telah juga diadakan majlis yang tersebut diatas.

Berita Penuh...

Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Dana) Dari Guan Electrical Sdn Bhd

2011-0213-guan01

Pada hari Ahad, 10 Rabiulawal 1432H bersamaan 13 Februari 2011M, bermula kira-kira jam 1.30 petang, iaitu semasa Sambutan Tahun Baru Cina bagi syarikat tersebut bertempat di Guan Electrical Sdn Bhd, Bangunan Wisma Haji Daud, Gadong. telah juga diadakan majlis yang tersebut diatas. Sumbangan sebanyak B$1,000.00 (Ringgit Brunei : Satu Ribu sahaja) disampaikan oleh Yang Mulia Mr. S.H. Ang, Pengarah Urusan Guan Electrical Sdn Bhd dan diterima oleh Yang Mulia Haji Puasa bin Haji Jumat, Penolong Pengarah Urusan YSHHB bagi pihak DANA.

Berita Penuh...