Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Dana) Daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei

2011-1103-abdb01

 

Pada hari Khamis, 07 Zulhijjah 1432H bersamaan 03 November 2011M, bermula jam 12.45 tengahari, iaitu semasa Majlis Makan Tengahari Bersama Stakeholders sempena Sambutan Jubli Emas Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke-49 Tahun bertempat di Mes Pegawai Berakas Garison, telah juga diadakan majlis yang tersebut diatas. Sumbangan sebanyak B$5,000.00 (Ringgit Brunei : Lima Ribu sahaja) disampaikan oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan diterima oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Ketua Pegawai Eksekutif DANA.

Berita Penuh...

Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Dana) Daripada Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan

2011-1009-moe03

Pada hari Ahad, 11 Zulkaedah 1432H bersamaan 09 Oktober 2011M, bermula jam 7.00 pagi, iaitu semasa Acara Walkathon, Bazaar dan Sukan Ria sempena Sambutan Hari Pelanggan Bahagian Pendidikan Swasta, Bahagian Pendidikan Tahun 2011 bertempat di Kawasan Lapang dan Letak Kereta Kementerian Pendidikan, telah juga diadakan majlis yang tersebut diatas. Sumbangan sebanyak B$3,100.00 (Ringgit Brunei : Tiga Ribu Satu Ratus sahaja) disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Mahrub bin Haji Murni, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan dan diterima oleh Yang Mulia Awang Haji Puasa bin Haji Jumat, Penolong Pengarah Urusan YSHHB. Sumbangan tersebut adalah 10% dari hasil kutipan dari acara tersebut.

Berita Penuh...

Majlis Iftar Kedutaan Republik Islam Iran 22 Ogos 2011M

2011-0822-iftariran01

Pada hari Isnin, 21 Ramadhan 1432H bersamaan 22 Ogos 2011M, bermula kira-kira jam 5.45 petang, bertempat di Kedutaam Republik Islam Iran telah menjemput lima puluh (50) orang anak-anak yatim yang berdaftar di DANA yang berumur 14 tahun kebawah berserta penjaga masing-masing. Antara aturcara yang diadakan pada hari tersebut ialah berbuka puasa dan sumbangan berupa wang tunai disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Awang Mohammad Reza Havaseli Ashtiani, Duta Besar Republik Islam Iran. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pegawai dan Kakitangan dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah selaku Sekretariat DANA.

Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Dana) Dari Sekolah Sinar Matahari (Sunshine School)Pada 17 Ogos 2011M

2011-0817-sumbangan01

Pada hari Isnin, 16 Ramadhan 1432H bersamaan 17 Ogos 2011M, bermula kira-kira jam 11.30 pagi, iaitu bertempat di Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Kumbang Pasang, telah juga diadakan majlis yang tersebut diatas. Sumbangan sebanyak B$1,852.000 (Ringgit Brunei: Satu Ribu Lapan Ratus Lima Puluh Dua Sahaja) disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Fatimah binti Haji Aziz @ Haji Giuk dan diterima oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Ketua Pegawai Eksekutif DANA.

Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Dana) Dari Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Taib)

2011-0811-taib01

Pada hari Khamis, 10 Ramadhan 1432H bersamaan 11 Ogos 2011M, bermula jam 5.15 petang, iaitu semasa Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa serta Majlis Penyampaian Sumbangan kepada DANA bertempat di Surau Airport Mall. Majlis dimulakan dengan sumbangan dari Kakitangan Perbadanan TAIB sebanyak B$3,497.47 (Ringgit Brunei : Tiga Ribu Empat Ratus Sembilan Puluh Tujuh dan Sen Empat Puluh Tujuh Sahaja) dan sumbangan dari Insurans Islam TAIB Sdn Bhd sebanyak B$10,000.00 (Ringgit Brunei : Sepuluh Ribu Sahaja) serta penyampaian "Pelan Tafakul Siswa Khas Untuk Anak-Anak Yatim" bagi tahun 2011 sebanyak $91,000.00 (Ringgit Brunei : Sembilan Puluh Satu Ribu Sahaja). 

Berita Penuh...

Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim Dari Lotus Light Charity Society

2011-0708-lotus01

Pada hari Jumaat, 06 Syaaban 1432H bersamaan 08 Julai 2011M, bermula kira-kira jam 2.30 petang, iaitu bertempat di Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Kumbang Pasang, telah juga diadakan majlis yang tersebut diatas. Sumbangan sebanyak B$1,000.00 (Ringgit Brunei : Satu Ribu sahaja) disampaikan oleh Yang Mulia Awang Yeo Tiong Lok, Pengerusi Lotus Light Charity Society dan diterima oleh Yang Mulia Haji Awang Mohammad Hanafi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman , Pemangku Pengarah Urusan YSHHB.

Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Dana) Dari Kedutaan Besar Republik Islam Iran

2011-0622-iran01

Pada hari Rabu, 20 Rejab 1432H bersamaan 22 Jun 2011M, bermula kira-kira jam 10.00 pagi, iaitu bertempat di Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Kumbang Pasang, telah juga diadakan majlis yang tersebut diatas. Sumbangan sebanyak B$1,220.00 (Ringgit Brunei : Satu Ribu Dua Ratus Dua Puluh sahaja) disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Mohammad Reza Havaseli Ashtiani dan diterima oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Ketua Pegawai Eksekutif DANA.

Berita Penuh...

Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Dana) Dari Fakulti Sastera Dan Sains Universiti Brunei Darussalam

2011-0427-ubd01

Pada hari Rabu, 24 Jamadilawal 1432H bersamaan 27 April 2011M, bermula kira-kira jam 7.30 malam, iaitu semasa Festival Sastera bertempat di Dewan Raya, Radio Televisyen Brunei, telah juga diadakan majlis yang tersebut diatas. Sumbangan sebanyak B$510.00 (Ringgit Brunei : Lima Ratus Sepuluh sahaja) disampaikan oleh Yang Mulia Haji Awang Mahrub bin Haji Awang Murni, Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan dan diterima oleh Yang Mulia Awang Samsudin bin Haji Puasa, Pegawai Yayasan bagi pihak DANA.