Bagi menyalurkan sumbangan-sumbangan yang diterima oleh DANA kepada anak-anak yatim, beberapa projek bantuan telah dilaksanakan, dan diantaranya ialah:-

 

  • Akaun Simpanan DANA +

    Akaun Simpanan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak yatim (Akaun Simpanan Dana)

    Setiap anak yatim yang berdaftar di DANA akan dibukakan sebuah akaun yang dinamakan sebagai Akaun Simpanan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak yatim (Akaun Simpanan DANA) di mana setiap akaun akan dikreditkan kedalamnya sumbangan awal sebanyak B$ 500.00 (Ringgit Brunei : Lima Ratus Sahaja)

    Memberi sumbangan awal sebanyak B$ 500.00 (Ringgit Brunei: Lima Ratus Sahaja) kepada setiap seorang anak yatim yang dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan DANA adalah merupakan satu activiti berterusan yang dikendalikan oleh DANA dari semasa ke semasa. Sumbangan dalam bentuk akaun simpanan ini adalah dihasratkan untuk menanamkan sikap suka menyimpan atau menabung dikalangan anak-anak yatim sebagai simpanan mereka bagi keperluan masa hadapan.

    Majlis Pelancaran dan Pengurnian Akaun DANA telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah pada 18 Jamadilawal 1420H bersamaan 30 Ogos 1999M bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

    Majlis Pelancaran Pelan Takaful telah sempurna dilancarkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah pada 23 Zulkaedah 1420H bersamaan 29 Februari 2000M bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas. Di majlis tersebut sebanyak 57 dermawan yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, badan-badan perniagaan dan perusahan, persatuan dan pertubuhan, badan-badan amal, keluarga, dan orang perseorangan telah tampil ke hadapan sebagai penaja pertama Pelan Takaful berkenaan.

    Pelan Takaful ini bertujuan bagi memberikan manfaat perlindungan insurans/takaful kepada anak-anak yatim dengan merancang untuk mengumpul atau menabung sejumlah wang khusus bagi menghasilkan dana biasiswa anak-anak yatim.

    Selaras dengan hasrat DANA untuk memelihara kebajikan dan kesejahteraan anak-anak yatim, Pelan Takaful ini menyediakan satu bentuk perlindungan bagi menjamin masa depan anak yatim apabila ditakdirkan mereka (anak yatim) atau ibu/penjga mereka ditimpa malapetaka seperti kematian, kecacatan kekal dan kemalangan. Setiap anak yatim yang berdaftar di DANA adalah secara otomatik dilindungi di bawah Pelan Takaful ini. Tempoh matang Pelan Takaful ialah apabila anak-anak yatim mencapai umur 18 tahum qamariah.

    Contoh Buku Akaun Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim

  • Pelan Takaful Siswa Khas +

    Pelan Takaful Siswa Khas Bagi Anak-Anak Yatim (Pelan Takaful)

    Pelan Takaful Siswa Khas Bagi Anak-Anak Yatim (Pelan Takaful) adalah merupakan skim perlindungan takaful yang memberikan manfaat perlindungan kepada anak yatim dan ibu atau penjaga mereka.

    Pelan Takaful ini dikendalikan bersama oleh DANA dan Insurans Islam TAIB Sdn Bhd (IITSB).

    Pelan takaful ini menyediakan skop perlindungan asas kepada anak yatim dan juga kepada ibu atau penjaga anak yatim berkenaan. Skop perlindungan tersebut adalah perlindungan kematian, keilatan kekal sepenuhnya dan kemalangan diri bagi anak yatim, manakala bagi ibu atau penjaga ialah perlindungan kematian dan keilatan kekal sepenuhnya.

    Selain dari menyediakan skim perlindungan, di masa yang sama iaitu melalui pelaburan caruman bulanan, anak-anak yatim juga akan memperolehi satu kumpulan wang untuk menghasilkan dana bagi kegunaan di masa hadapan khususnya bagi kegunaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi.

    Bagi pembayaran ansuran caruman takaful, pihak IITSB telah menyediakan 8 pakej mengikut jumlah caruman. Jumlah caruman minima ialah sebanyak B.00 sebulan dan maksima sebanyak B0.00 sebulan jadual berikut:-

    PackageMonthly PaymentYearly Payment
    1 B$ 20 B$ 240
    2 B$ 50 B$ 600
    3 B$ 70 B$ 840
    4 B$ 100 B$ 1200
    5 B$ 150 B$ 1800
    6 B$ 200 B$ 2400
    7 B$ 250 B$ 3000
    8 B$ 300 B$ 3600

    Penaja boleh memilih dua bentuk sumbangan bagi tajaan caruman Pelan Takaful iaitu:-

    1. Penyumbang menaja sumbangan caruman bulanan Pelan Takaful dengan memilih sendiri pakej yang berkenaan, bilangan anak yatim yang ditaja dengan tempoh tajaan; atau
    2. Penyumbang memberikan sumbangan kewangan kepada Pelan Takaful dalam jumlah yang tertentu tanpa menentukan pakej yang dipilh, bilangan anak yatim yang ditaja dan tempoh tajaan. Dalam kes seperti ini jumlah sumbangan akan dibayarkan ke akaun takaful anak-anak yatim yang tidak menerima tajaan di atas. Jumlah caruman bulanan bagi anak-anak yatim tersebut ialah sebanyak B.00 (Ringgit Brunei : Dua Puluh Sahaja) iaitu kadar minima bagi pakej Pelan Takaful yang ditawarkan oleh IITSB.
    3. Dalam memeduli hal ehwal pendidikan anak-anak yatim, DANA juga memberikan bantuan pembelian peralatan dan keperluan persekolahan kepada semua anak-anak yatim di seluruh negara yang berdaftar dengan DANA iaitu sebelum menjelang penggal pertama persekolahan. Projek ini mula dilaksanakan pada tahun 2001.
  • Projek Bantuan Pembelian Peralatan dan Keperluan Persekolahan +

    Projek Bantuan Pembelian Peralatan Dan Keperluan Persekolahan Bagi Anak-Anak Yatim Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim

    Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Dana) telah mengendalikan Projek Bantuan Pembelian Peralatan dan Keperluan Persekolahan Bagi Anak-Anak Yatim Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim, dimana projek pertama telah diadakan pada tahun 2001.

    Format Bantuan

    Format bantuan adalah seperti yang dilaksanakan pada tahun sebelumnya iaitu dengan memberikan sumbangan berbentuk kupon yang bernilai sebanyak B$ 50.00 (Ringgit Brunei : Lima Puluh Sahaja) kepada setiap anak yatim yang berdaftar di Sekretariat Dana. Kupon-kupon ini dibahagikan kepada tiga (3) jenis, masing-masing mempunyai nilai B$ 10.00, B$ 15.00 dan B$ 25.00 bagi membolehkan anak-anak yatim menukarkan kupon-kupon tersebut kepada beberapa buah kedai mengikut keperluan barang yang hendak dibeli

    Bagi anak-anak yatim yang dibawah umur persekolahan, kupon-kupon yang sama juga akan diberikan dimana kupon-kupon ini boleh digunakan untuk membeli barang-barang yang berfaedah untuk kehidupan mereka.

    Kupon-kupon ini hanya sah digunakan/ditukarkan dikedai-kedai yang telah dikenalpasti oleh Dana iaitu kedai-kedai yang membekalkan buku-buku latihan, buku-buku kerja, peralatan tulis, pakaian sekolah, beg dan kasut sekolah serta kedai-kedai yang membekalkan keperluan harian bagi anak yatim yang belum bersekolah.



    Contoh Kupon Pembelian Peralatan dan Keperluan Persekolahan DANA

  • Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang +

    Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim

    AIPC – DANA adalah satu bentuk anugerah yang dihulurkan kepada anak-anak yatim yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam dan telah diperkenalkan dalam tahun 2008 sebagai salah satu projek jangka panjang DANA.

    Objektif

    Antara objektif Anugerah Insentif ini ialah:

    1. Memberi dorongan kepada anak-anak yatim supaya mereka menghargai kepentingan pendidikan dan menggalakkan mereka untuk terus mempertingkatkannya bagi keperluan masa hadapan disamping membantu mempertingkatkan taraf hidup keluarga mereka.
    2. Mengasuh anak-anak yatim yang cemerlang di dalam bidang pendidikan dan mendorong mereka untuk sentiasa menumpukan perhatian yang serius terhadap pelajaran mereka dari peringkat awal sehingga mereka mendapat kelulusan tertinggi dari institusi pengajian tinggi samada di dalam mahupun di luar negara.
    3. Menimbulkan kesedaran kepada anak-anak yatim bahawa mereka ini sentiasa diberikan perhatian yang wajar oleh masyarakat setempat khususnya untuk mereka lebih maju dan berjaya dalam hidup mereka walaupun mereka sudah kehilangan tempat bergantung yang utama.
    4. Memberi kesempatan kepada mereka untuk mendapat penghargaan atas pencapaian dan usaha mereka walaupun mereka dalam keadaan serba kekurangan.
    5. Sebagai menyuntik semangat dan galakan kepada mereka untuk terus berusaha dalam bidang akademik.
    6. Menggalakkan masyarakat untuk terus memberikan bantuan kepada kumpulan-kumpulan yang kurang bernasib baik di negara ini.

    Contoh Sijil Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang DANA 2013

  • 1