Sumber kewangan bagi DANA pada ketika ini adalah terhad. Sumber-sumber dimana kewangan DANA diperolehi adalah seperti berikut:-

  1. Sumbangan wang (samada tunai atau berbentuk cek) yang diserahkan secara langsung kepada Dana oleh penderma-penderma secara perseorangan atau secara berkumpulan;
  2. Sumbangan caruman atau tajaan bagi Pelan Takaful Siswa Khas Bagi Anak-Anak Yatim;
  3. Sumbangan di bawah Skim Potongan Gaji melalui Kementerian Kewangan serendah B$1.00 sebulan bagi pegawai dan kakitangan kerajaan yang berhasrat untuk membuat sumbangan;
  4. Melalui Skim Arahan Tetap Bank serendah B$1.00 bagi pemegang akaun yang berhasrat untuk membuat sumbangan melalui Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan HSBC Brunei;
  5. Tabung-tabung DANA yang ditempatkan dimasjid-masjid yang terpilih di seluruh negara, bangunan-bangunan YSHHB iaitu di Kompleks Bangunan YSHHB, Sekolah-Sekolah YSHHB dan Ibu Pejabat YSHHB serta beberapa tempat awam;
  6. Melalui jerayawara ke sekolah-sekolah, usaha-usaha juga dijalankan bagi sekolah-sekolah yang terpilih untuk dipelawa bagi menganjurkan kutipan-kutipan derma di mana sebahagian hasil kutipan tersebut diserahkan kepada DANA dan sebahagiannya pula digunakan oleh sekolah-sekolah berkenaan;
  7. Melalui biasiswa yang dianugerahkan oleh sekolah/pusat pengajian untuk melanjutkan pelajaran di sekolah/pusat pengajian berkenaan;
  8. Hasil keuntungan atau dividen dimana wang DANA itu disimpan iaitu di BIBD, TAIB dan HSBC Brunri; dan
  9. Sumbangan hasil kutipan kegiatan-kegiatan amal anjuran agensi-agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.