Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-41 Tahun

2015-0218-dpmm01

Pada hari Rabu, 28 Rabiulakhir 1436 Hijrah bersamaan 18 Februari 2015 Masihi, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) selaku Sekretariat Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-41 Tahun.

Berita Penuh...

Majlis Doa Kesyukuran Sempena Memperingati Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-40 Tahun

2014-0218-dpmm01

Pada hari ini, Selasa 18 Rabiulakhir 1435 Hijrah bersamaan 18 Februari 2014 Masihi, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) selaku Sekretariat Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Memperingati Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-40 Tahun.

Berangkat di majlis ini ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Berita Penuh...

Pelancaran ‘SMS’ Brunei Prihatin Bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al- Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim Bagi Tahun 2013-2014

Pada hari Rabu, 4 Disember 2013 sebelah petang DANA telah mengadakan projek tahunan iaitu Majlis Pelancaran SMS Brunei Prihatin Bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al- Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim Bagi Tahun 2013-2014 dan Penyampaian Sumbangan DANA Dalam Bentuk Kupon Untuk Pembelian Peralatan Dan Keperluan Persekolahan Anak-Anak Yatim DANA Bagi Tahun 2014. Tetamu kerhormat bagi Majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seria Setia Awang Haji Suyoi Bin Haji Osman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dana.

Berita Penuh...

Anugerah Insentive Pelajar Cemerlang Bagi Anak-Anak Yatim Yang Berdaftar Dengan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) 2013

Majlis Penyampaian Anugerah Insentive Pelajar Cemerlang Bagi Anak-Anak Yatim Yang Berdaftar Dengan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) 2013 dan Majlis Penyampaian Sumbangan Hasil Kutipan SMS Brunei Prihatin Bagi DANA Tahun 2012-2013 diadakan pada hari Selasa, 28 Ramadhan 1434H bersamaan 06 Ogos 2013M bertempat di Dewan Serbaguna, Komplek Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan. Hadir selaku tetamu kehormat dimajlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong, Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim

Seramai 12 orang pelajar yang terdiri dari anak-anak yatim telah terpilih untuk menerima Anugerah Insentive Pelajar Cemerlang DANA Tahun 2013 iaitu mereka yang meraih keputusan cemerlang pada peperiksaan awam 2012 iaitu seperti Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (Darjah 6), Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan Peperiksaan GCE O-Levels

Berita Penuh...

Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-39 Tahun

2013-0220-dpmm01.jpg

Pada hari ini, Rabu 9 Rabiulakhir 1434 Hijrah bersamaan 20 Februari 2013 Masihi, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) selaku Sekretariat Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-39 Tahun.

Aturcara majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Haji Emran bin Haji Kuncang, Pegawai Masjid Omar 'Ali Saifuddien.

Berita Penuh...

Majlis Pelancaran Sms Brunei Prihatin Bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) Tahun 2012 – 2013

Pada hari ini, 13 Muharram 1434 Hijrah bersamaan 27 November 2012 Masihi, Majlis Pelancaran SMS Brunei Prihatin Bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) Tahun 2012-2013 dan Penyampaian Sumbangan DANA Dalam Bentuk Kupon Untuk Pembelian Peralatan dan Keperluan Persekolahan Anak-Anak Yatim DANA Bagi Tahun 2013 diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Ustaz Hj Samsul Muawan bin Hj Shodiq, Guru Sekolah Menengah Yayasan. Seterusnya ialah ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Awang Haji Puasa bin Haji Jumat, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis.

Berita Penuh...

Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Dana) Dari Seri Mulia Sarjana

2012-1125-sms01

pada Hari Ahad 25hb November 2012 pihak DANA pengiran Muda Mahkota Al-muthadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) telah menerima sumbangan berjumlah B$18,000.00 (Ringgit Brunei: Lapan Belas Ribu Sahaja) yang telah disampaikan semasa acara konsert Peterpan The Musical yang mana diadakan di Jerudung park Amphitheater, sumbangan tersebut yang mana disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman selaku tetamu Kehormat Majlis dan diterima oleh Tuan Haji Puasa Bin Haji Jumat wakil bagi ketua pegawai eksekutif Dana.

Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Dana) Dari Jabatan Ukur

2012-1014-ukur01

Pada Hari Ahad, 28 Zulkaedah 1432H bersamaan 14hb Oktober 2012M, pihak Dana Pengiran Muda A-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) telah menerima sumbangan berjumlah B$6,060.00 (Ringgit Brunei: Enam ribu dan enam puluh sahaja) yang telah disampaikan semasa kejohanan Golf Amal sempena Jubli Intan Jabatan Ukur, yang mana sumbangan tersebut disampaikan oleh Awang Haju Ali Bakar Bin Haji Kasim, pemangku Juruukur Agung dan sumbangan diterima oleh Tuan Haji Puasa Bin Haji Jumat selaku wakil ketua pegawai Eksekutif DANA.

Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim Dari Jerudong Park Country Club

2012-1007-jpcc01

21 Zulkaedah 1432H bersamaan 07 Oktober 2012M jam 2.00 petang bertempat di Jerudong Park Country Club, pihak Dana Pengiran Muda Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah (DANA) telah menerima sumbangan berjumlah B$40,500.00 (Ringgit Brunei: Empat puluh ribu lima ratus sahaja) iaitu hasil kutipan daripada perlawanan Golf Dana Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah yang mana telah sempurna diadakan pada 05hb Oktober 2012 hingga 7hb oktober 2012.

Berita Penuh...

Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim

Majlis pada pagi ini diadakan adalah bagi menerima sumbangan untuk Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA). Pada pagi ini, DANA menerima sumbangan keseluruhan berjumlah B$11,305.48 (Ringgit Brunei: Sebelas Ribu Tiga Ratus Lima Ringgit Empat Puluh Lapan Sen Sahaja) daripada empat (4) pihak penyumbang iaitu:

1. Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan menyampaikan sumbangan sebanyak B$4,729.88 (Ringgit Brunei: Empat Ribu Tujuh Ratus Dua Puluh Sembilan Ringgit Lapan Puluh Lapan Sen Sahaja). Sumbangan ini disampaikan oleh Yang Mulia Dayangku Sarimah binti Pengiran Haji Ahmad , Pemangku Pengetua Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.

Berita Penuh...