Menurut Akta Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim, (Penggal 185) 'anak yatim' bermakna seorang kanak-kanak sama ada lelaki atau perempuan yang belum berkahwin, belum mencapai umur 18 tahun qamariah dan ketiadaan bapa menurut salah satu atau lebih dari keadaan yang berikut:-

  1. Bapanya telah meninggal dunia
  2. Tidak di ketahui dimana bapanya berada
  3. Ditinggalkan oleh bapanya dan tidak diketahui siapa bapanya itu
  4. Dia adalah anak yang tak sah taraf

DANA sentiasa menerima pendaftaran anak-anak yatim diseluruh negara dari semasa ke semasa. Pendaftaran hendaklah melalui ketua-ketua kampong dan disahkan oleh Pegawai Daerah (mengikut dimana anak yatim berkenan menetap).