2012-1001-sumbangan00

Majlis diadakan adalah bagi menerima sumbangan untuk Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA). Pada pagi ini, DANA menerima sumbangan keseluruhan berjumlah B$11,305.48 (Ringgit Brunei: Sebelas Ribu Tiga Ratus Lima Ringgit Empat Puluh Lapan Sen Sahaja) daripada empat (4) pihak penyumbang iaitu:

 

2012-1001-sumbangan02

1. Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan menyampaikan sumbangan sebanyak B$4,729.88 (Ringgit Brunei: Empat Ribu Tujuh Ratus Dua Puluh Sembilan Ringgit Lapan Puluh Lapan Sen Sahaja). Sumbangan ini disampaikan oleh Yang Mulia Dayangku Sarimah binti Pengiran Haji Ahmad , Pemangku Pengetua Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.

2. Jabatan Pengajian Islam menyampaikan sumbangan sebanyak B$5,600.00 (Ringgit Brunei: Lima Ribu Enam Ratus Sahaja). Sumbangan ini disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Suhaili Bin Haji Moksin, Pemangku Guru Besar Sekolah Ugama Berakas Garison selaku Pengerusi Bersama Ziarah Kubur Bertaja anjuran Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei IB & IIB, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama Tahun 1433H/2012M.

3. LiveWIRE Centre menyampaikan sumbangan sebanyak B$625.60 (Ringgit Brunei: Enam Ratus Dua Puluh Lima dan Enam Puluh Sen Sahaja). Sumbangan ini disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Norulnaimah binti Haji Othman, Head of Traders Centre & Project Management LiveWIRE Centre.

4. Syarikat Lemich Sdn Bhd menyampaikan sumbangan sebanyak B$350.00 (Ringgit Brunei: Tiga Ratus Lima Puluh Sahaja). Sumbangan ini disampaikan oleh Yang Mulia Awang Tay Teck Thian, Pengarah Urusan Syarikat Lemich Sdn Bhd.

2012-1001-sumbangan03

Sumbangan tersebut diterima oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif DANA.

DANA sangat menghargai sokongan dan sumbangan daripada para dermawan bagi sama-sama membantu DANA dalam usahanya untuk mempertingkatkan kesejahteraan hidup anak-anak yatim di Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir di majlis ini ialah Penolong-Penolong Pengarah Urusan Yayasan dan pegawai-pegawai Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.