2012-0810-taib01Pada hari Jumaat, 21 Ramadhan 1433H bersamaan 10 Ogos 2012M, bermula jam 5.15 petang, iaitu semasa Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa serta Majlis Penyampaian Sumbangan kepada DANA bertempat di Surau Airport Mall.

2012-0810-taib02 Majlis dimulakan dengan penyampaian “Pelan Tafakul Siswa Khas Untuk Anak-Anak Yatim” bagi tahun 2012 sebanyak $105,860.00 (Ringgit Brunei : Satu Ratus Lima Ribu Lapan Ratus Enam Puluh Sahaja) dan sumbangan tahunan dari Insurans Islam TAIB Sdn Bhd sebanyak B$10,000.00 (Ringgit Brunei : Sepuluh Ribu Sahaja) serta sumbangan dari Kakitangan Insurans Islam TAIB Sdn Bhd sebanyak B$1,972.00 (Ringgit Brunei : Satu Ribu Sembilan Ratus Tujuh Puluh Dua Sahaja) dan Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Penasihat di Perbadanan TAIB dan diterima oleh Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif DANA.