2013-0220-dpmm01.jpg

Pada hari ini, Rabu 9 Rabiulakhir 1434 Hijrah bersamaan 20 Februari 2013 Masihi, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) selaku Sekretariat Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-39 Tahun.

Aturcara majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Haji Emran bin Haji Kuncang, Pegawai Masjid Omar 'Ali Saifuddien.

Ini diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan bertahlil beramai-ramai dan seterusnya bacaan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-39 Tahun.

Acara pada malam ini diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah.

Hadir di majlis pada petang ini ialah Ahli-ahli Jemaah Tadbir dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Yayasan, Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah DANA, para jemputan khas di antaranya adalah sebahagian para penyumbang-penyumbang tetap DANA, pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan serta guru-guru Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.