2012-1010-swasta01

Pada hari Jumaat, 21 Ramadhan 1433H bersamaan 10 Ogos 2012M, jam 9.30 pagi, telah diadakan majlis sumbangan daripada syarikat-syarikat swasta dan persatuan yang bertempat di Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Kumbang Pasang, sumbangan-sumbangan adalah daripada :-

 

2012-1010-swasta02

1. Pertubuhan Ukur Jurutera dan Arkitek Brunei (PUJA) yang menyampaikan sumbangan sebanyak B$1,500.00 (Satu Ribu Lima Ratus Sahaja). Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Berhormat Awang Haji Zulkipli bin Haji Abdul Hamid, Presiden PUJA.

2. Syarikat Perniagaan Malar Setia yang menyampaikan sumbangan sebanyak B$3,000.00 (Ringgit Brunei : Tiga Ribu Sahaja) disampaikan oleh Awang Haji Abd Rahman bin Haji Metassim, Pengarah Urusan Syarikat berkenaan.

3. Syarikat Parvati Textile Centre menyampaikan sumbangan sebanyak B$1,000.00 (Ringgit Brunei : Satu Ribu Sahaja) disampaikan oleh Awang Punjabi Vishnu, Pengurus Syarikat berkenaan.

2012-1010-swasta03

Sumbangan-sumbangan tersebut diterima oleh Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif DANA.