2012-0919-cbtl01

Pada hari Rabu, 03 zulkaedah 1433H bersamaan 19 September 2012M, bermula kira-kira jam 11.30 pagi, bertempat di The Coffee Bean & Tea Leaf, bangunan Times Square, Berakas telah menjemput tiga puluh (30) orang anak-anak yatim yang berdafter di DANA yang berumur 12 tahun kebawah berserta penjaga masing-masing.

2012-0919-cbtl02

Antara aturcara yang diadakan pada hari tersebut ialah penyampaian sumbangan berupa wang tunai disampaikan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Mun'im bin Pengiran Anak Haji Tahiruddin selaku Tetamu Kehormat. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pegawai dan kakitangan dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah selaku Sekretariat DANA.