Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim Pada 1 Oktober 2012

2012-1001-sumbangan00

Majlis diadakan adalah bagi menerima sumbangan untuk Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA). Pada pagi ini, DANA menerima sumbangan keseluruhan berjumlah B$11,305.48 (Ringgit Brunei: Sebelas Ribu Tiga Ratus Lima Ringgit Empat Puluh Lapan Sen Sahaja) daripada empat (4) pihak penyumbang iaitu:

Berita Penuh...

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri The Coffee Bean & Tea Leaf

2012-0919-cbtl01

Pada hari Rabu, 03 zulkaedah 1433H bersamaan 19 September 2012M, bermula kira-kira jam 11.30 pagi, bertempat di The Coffee Bean & Tea Leaf, bangunan Times Square, Berakas telah menjemput tiga puluh (30) orang anak-anak yatim yang berdafter di DANA yang berumur 12 tahun kebawah berserta penjaga masing-masing.

Berita Penuh...

Majlis Iftar Kedutaan Republik Islam Iran

2012-0803-iftariran01

Pada hari Jumaat, 14 Ramadhan 1433H bersamaan 03 Ogos 2012M, bermula kira-kira jam 5.45 petang, bertempat di Kedutaan Republik Islam Iran telah menjemput lima puluh (50) orang anak-anak yatim yang berdaftar di DANA yang berumur 14 tahun kebawah berserta penjaga masing-masing. Antara aturcara yang diadakan pada hari tersebut ialah berbuka puasa dan sumbangan berupa wang tunai disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Awang Mohammad Reza Havaseli Ashtiani, Duta Besar Republik Islam Iran. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Haji Brahim bin Haji Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif DANA serta Pegawai dan Kakitangan dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah selaku Sekretariat DANA.

Berita Penuh...

13 Orang Pelajar Menerima Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Dana) 2012 (Aipc-Dana 2012)

Pada hari ini Rabu, 7 Syaaban 1433H bersamaan 27 Jun 2012M, Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim 2012 (AIPC-DANA 2012) dan Majlis Penyampaian Sumbangan Hasil Kutipan 'SMS' Brunei Prihatin Bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) Tahun 2011 - 2012 bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 4, Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Ustaz Hj Shamsul Muawan bin Hj Shodiq, Guru Ugama Sekolah Menengah YSHHB.

Majlis diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif DANA Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim.

Berita Penuh...

Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Dana) Dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat

2012-0407-bomba01

Pada hari Sabtu, 15 Jamadilawal 1433H bersamaan 07 April 2012M, bermula jam 2.15 petang, iaitu semasa Majlis Penghargaan sempena Sambutan Ulangtahun Jabatan Bomba dan Penyelamat kali ke-52 Tahun 2012 bertempat di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas, telah juga diadakan majlis yang tersebut diatas. Sumbangan sebanyak B$500.00 (Ringgit Brunei : Lima Ratus sahaja) iaitu hasil kutipan dari Walkathon dan Karnival Amal sempena Hari Ulangtahun Jabatan Bomba dan Penyelamat kali ke-52 Tahun 2012.

Berita Penuh...

Majlis Penyampaian Sumbangan Dalam Bentuk Kupon Untuk Pembelian Peralatan Dan Keperluan Persekolahan Anak-Anak Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Dana) 2012 Dan Pelancaran ‘Sms’ Brunei Prihatin Bagi Dana Tahun 2011-2012

16-01-2012-03

Pada hari Khamis, 27 Zulhijjah 1432H bersamaan 24hb November 2011M, bermula jam 9.30 pagi, bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 4, Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan telah juga diadakan majlis yang tersebut diatas.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Ustaz Hj Shamsul Muawan bin Hj Shodiq, Guru Ugama Sekolah Menengah YSHHB.

Majlis diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Ketua Pegawai Eksekutif DANA Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim.

Berita Penuh...