2015-0218-dpmm01

Pada hari Rabu, 28 Rabiulakhir 1436 Hijrah bersamaan 18 Februari 2015 Masihi, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) selaku Sekretariat Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-41 Tahun.

2015-0218-dpmm02

Berangkat di majlis tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Aturcara majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar.

Ini diikuti dengan bacaan Surah Yaasin dan bertahlil beramai-ramai dan seterusnya bacaan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-41 Tahun.

Acara pada malam tersebut diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah. Juga hadir dimajlis tersebut ialah

• Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Serudin, Timbalan Pengerusi 2 Jemaah Tadbir Yayasan;

• Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim, Ahli Jemaah Tadbir Yayasan;

• Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah;

• Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Timbalan Pengerusi 1 Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah;

• Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Timbalan Pengerusi 2 Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang juga selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA;

• Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Yayasan, Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA), para jemputan khas di antaranya adalah sebahagian para penyumbang-penyumbang tetap DANA, pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan serta guru-guru Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.