Pada hari Rabu, 4 Disember 2013 sebelah petang DANA telah mengadakan projek tahunan iaitu Majlis Pelancaran SMS Brunei Prihatin Bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al- Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim Bagi Tahun 2013-2014 dan Penyampaian Sumbangan DANA Dalam Bentuk Kupon Untuk Pembelian Peralatan Dan Keperluan Persekolahan Anak-Anak Yatim DANA Bagi Tahun 2014. Tetamu kerhormat bagi Majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seria Setia Awang Haji Suyoi Bin Haji Osman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dana.

Sejumlah 2,487 kupon yang bernilai B$50.00 setiap satu telah diagih-agihkan kepada keempat-empat Pegawai dearah pada majlis tersebut. Majlis juga diselajurkan dengan pelancaran SMS Brunei Prihatin Dana Pengiran Muda Mahkota Al- Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim bagi tahun 2013-2014 yang mana projek tersebut bermula hari Rabu 4 Disember 2013 sehingga hari Ahad 9 Februari 2014 iaitu selama 66 hari.