Majlis Penyampaian Anugerah Insentive Pelajar Cemerlang Bagi Anak-Anak Yatim Yang Berdaftar Dengan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) 2013 dan Majlis Penyampaian Sumbangan Hasil Kutipan SMS Brunei Prihatin Bagi DANA Tahun 2012-2013 diadakan pada hari Selasa, 28 Ramadhan 1434H bersamaan 06 Ogos 2013M bertempat di Dewan Serbaguna, Komplek Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan. Hadir selaku tetamu kehormat dimajlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong, Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim

Seramai 12 orang pelajar yang terdiri dari anak-anak yatim telah terpilih untuk menerima Anugerah Insentive Pelajar Cemerlang DANA Tahun 2013 iaitu mereka yang meraih keputusan cemerlang pada peperiksaan awam 2012 iaitu seperti Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (Darjah 6), Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan Peperiksaan GCE O-Levels

 

Senarai penerima AIPC-DANA 2013 adalah seperti berikut:-

• Dayang Amal Natasya binti Hj M.Marali - GCE 'O' Level 2012
• Dayang Mar Qurratul'Ain binti Umar - GCE 'O' Level 2012
• Dayang Goh Li Yi - GCE 'O' Level 2012
• Dayang Siti Nur'Ainuna Mahirah binti Hj Wahid - GCE 'O' Level 2012
• Dk Nur Khalisah binti Pg Zamaulalam Omarali Mohamed - Penilaian Sekolah Rendah (PSR)
• Dayang Chung Yu Shan - Penilaian Sekolah Rendah (PSR)
• Dayang Chung Yu Yan - Penilaian Sekolah Rendah (PSR)
• Awang Fiqri Syahmi Syafiq bin Mustafa - Penilaian Sekolah Rendah (PSR)
• Dayang Siti Nurhayati Munirah binti Hj Wahid - Penilaian Sekolah Rendah (PSR)
• Dayang Fatin Haziqah binti Jumat - Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah 6 (SSSRU)
• Dayang Nur Hazimah binti Yahaya - Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah 6 (SSSRU)
• Dayang Nurul Nabillah Binti Abdullah - Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah 6 (SSSRU)

Senarai penyumbang adalah seperti berikut:-

• Yang Mulia Awang Abdul Latiff bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Yusof, Ahli Lembaga Pengarah Syarikat DST menyampaikan sumbangan orang ramai melalui talian DST yang berjumlah Empat Puluh Sembilan Ribu Tiga Ratus Sembilan Puluh Enam Ringgit (B$49,396.00)

• Yang Mulia Dayang Hajah Nurul Haniah binti Haji Mohd Jaafar, Pemangku Pengurus Am Syarikat B-Mobile Communications Sdn Bhd. menyampaikan sumbangan orang ramai melalui talian B-Mobile Communications Sdn Bhd. yang berjumlah Sembilan Ribu Tujuh Ratus Tujuh Puluh Tiga Ringgit (B$9,773.00)

• Yang Mulia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Metassim, Pengarah Urusan Syarikat Malar Setia menyerahkan sumbangan dari Syarikat Malar Setia sebanyak Tiga Ribu Ringgit (B$3,000.00)

• Yang Mulia Awang Haji Hidayatullah bin Haji Tajudeen, Pengarah Urusan Syarikat Samima Sdn Bhd menyerahkan sumbangan sebanyak Dua Ribu Ringgit (B$2,000.00)

• Yang Mulia Awang Jamal Mohamed, Pengarah Urusan Syarikat Bismi Trading Sdn Bhd menyerahkan sumbangan sebanyak Lima Ratus Ringgit (B$500.00) daripada Syarikat Bismi Trading Sdn Bhd dan Lima Ratus Ringgit (B$500.00) daripada Tajul Trading