2018-0820-aipc06

Pada hari Isnin, 8 Zulhijjah 1439H bersamaan 20 Ogos 2018M, Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim 2018 (AIPC-DANA 2018) dan Penerimaan Sumbangan Hasil Kutipan 'SMS' Brunei Prihatin Bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) Tahun 2017-2018 bertempat di Dewan Serba Guna, Tingkat 4, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Timbalan Pengerusi, Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim.

Penerimaan Sumbangan Hasil Kutipan SMS Brunei Prihatin Bagi DANA Tahun 2017-2018

'SMS' Brunei Prihatin Bagi DANA Tahun 2017-2018 telah berjaya membuat kutipan dari orang ramai sebanyak BND84,143.00. Projek tersebut berjalan selama 65 hari iaitu bermula dari 28 November 2017 hingga 31 Januari 2018.

Dua buah syarikat telekomunikasi iaitu DST dan Progresif Cellular Sdn Bhd telah memberi kemudahan perkhidmatan SMS kepada para penyumbang yang membuat sumbangan kepada DANA tanpa caj. Manakala Jabatan Radio dan Televisyen Brunei (RTB) bertindak sebagai penyalur maklumat kepada orang ramai melalui rangkaian radio dan televisyen RTB. Selain promo SMS ditayangkan di RTB, promo tersebut juga ditayangkan di pawagam iaitu The Mall Cineplex, Times Cineplex dan The Arena Cineplex.

Sebahagian daripada jumlah tersebut iaitu sebanyak BND74,019.00 berjaya dikutip melalui pelanggan DST dan disampaikan oleh Awang Haji Suhaimi bin Haji Awang Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif DST. Manakala sebahagiannya pula iaitu sebanyak BND10,124.00 berjaya dikutip melalui pelanggan Progresif Cellular Sdn Bhd dan disampaikan oleh Dayang Nurul Haniah binti Jaafar, Ketua Pegawai Pentadbir Progresif Cellular Sdn Bhd.

Di majlis tersebut juga menerima sumbangan bagi DANA daripada DST dan Progresif Cellular Sdn Bhd yang keseluruhannya berjumlah sebanyak BND22,440.16:

1. DST menyumbangkan sumbangan tahunan sebanyak BND20,000.00. Sumbangan daripada DST itu disampaikan oleh Awang Haji Suhaimi bin Haji Awang Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif DST.

2. Progresif Cellular Sdn Bhd menyampaikan sumbangan sebanyak BND2,440.16 hasil kutipan Tabung-Tabung Dana Progresif Cellular yang ditempatkan di sebahagian cawangan Progresif Cellular. Sumbangan ini disampaikan oleh Dayang Nurul Haniah binti Jaafar, Ketua Pegawai Pentadbir Progresif Cellular Sdn Bhd.

Kesemua sumbangan tersebut diterima oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Timbalan Pengerusi 1, Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim.

2018-0820-aipc01

Penyampaian Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang DANA 2017 (AIPC-DANA 2017)

Pada tahun ini, seramai 13 orang pelajar yang terdiri daripada anak yatim yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam tahun 2017 telah dipilih untuk menerima Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang DANA 2018 (AIPC-DANA 2018). Pelajar-pelajar yang menerima anugerah tersebut adalah seperti berikut:

1. Penerima AIPC-DANA 2017 bagi Peperiksaan Brunei Cambridge GCE 'O' Level ialah

  • Awang Ryan Lim Ming Shun
  • Dayang Sonia Binti Abdullah Jamaris
  • Dayang Chung Yu Shan
  • Dayang Chung Yu Yan
  • Ampuan A'qillah Farahiyah binti Ampuan Haji Mohamad

Setiap seorang menerima 1 sijil penghargaan, 1 unit komputer berserta mesin pencetak, dan juga pakej kemudahan belajar selama 2 tahun dalam bentuk wang tunai bernilai BND760.00.

2. Penerima AIPC-DANA 2017 bagi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) ialah

  • Dayang Noradrianna binti Mat Sapar
  • Awang Mohammad Daniel bin Husny
  • Awang Mohammad Nuraizuddin Hibatullah bin Abdullah
  • Dayang Kelly Chia Kay Li
  • Dayang Siti Khadijah binti Marali

Setiap seorang menerima 1 sijil penghargaan, 1 unit komputer berserta mesin pencetak, dan juga pakej kemudahan belajar selama 2 tahun dalam bentuk wang tunai bernilai BND400.00.

3. Penerima AIPC-DANA 2017 bagi Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah 6 (SSSRU) ialah

  • Dayang Raimma Rahima Liyanna binti Beraim
  • Dayangku Afiqah Najwa binti Pengiran Ibni
  • Dayang Nurul Fitri Sofia binti Haji Rosli

Setiap seorang menerima 1 sijil penghargaan, 1 unit komputer berserta mesin pencetak, dan juga wang simpanan sebanyak BND500.00 yang dikreditkan terus ke Akaun DANA masing-masing di Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei.

2018-0820-aipc02

2018-0820-aipc03

2018-0820-aipc04

Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang DANA pada tahun ini adalah merupakan kali ke-11 ianya diadakan. Tujuan utama mengadakan anugerah ini adalah sebagai pendorong kepada anak-anak yatim untuk menghargai kepentingan pendidikan dan sebagai penyuntik semangat dan galakan kepada mereka untuk terus berusaha bagi meraih kejayaan khususnya dalam bidang pelajaran.

Majlis Penyampaian Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang DANA 2018 (AIPC-DANA 2018) ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Timbalan Pengerusi 1, Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim.

Turut hadir di Majlis ini ialah Dato Paduka Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny, Ketua Pegawai Eksekutif DANA, Pengarah Radio dan Televisyen Brunei, pegawai-pegawai kanan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkih, DST dan Progresif Cellular Sdn Bhd.

2018-0820-aipc05