2018-0209-dpmm01

Pada 09 Februari 2018, pihak Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Memperingati Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah Menteri Kanan Di Jabatan Perdana Menteri Yang Ke 44 tahun.

Majlis tersebut telah diadakan di Tingkat 4, Dewan Serbaguna Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Pretty, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

Majlis dihadiri oleh Timbalan Pengerusi 1 Lembaga Pengarah Yayasan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Turut hadir ialah ahli-ahli Jemaah Tadbir dan Lembaga Pengarah Yayasan serta ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah DANA.

2018-0209-dpmm02