Pada 30 Mac 2022, DANA menerima sumbangan sebanyak B$1,123.00 dari Bekas Penuntut Menengah 4B/5B Tahun 1970/1971, Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien (SOASC).

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Haji Mat Zahri bin Haji Yusof, wakil Bekas Penuntut Menengah 4B/5B Tahun 1970/1971, Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien (SOASC) dan diterima oleh Yang Mulia Haji Puasa bin Haji Jumat, Penolong Pengarah Urusan YSHHB bagi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif DANA.