Pada 26 Ogos 2022, DANA menerima sumbangan sebanyak B$3,000.00 iaitu sempena Majlis Pembukaan Rasmi Dewan Indah Biru Banquet Hall dan acara Brunei Grand Wedding Expo anjuran Mahligai Seri Event Management.



Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Qudduus bin Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz selaku Tetamu Kehormat Majlis kepada Yang Mulia Awang Samsudin bin Haji Puasa mewakili Ketua Pegawai Eksekutif DANA