Pada 3 Jun 2019, pihak Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim telah menerima sumbangan daripada 58 penyumbang terdiri dari ahli Fu Zhou Shiyyi Association (Brunei) dan Fu Zhou Youth Committee. Majlis tersebut telah diadakan di Tingkat 4, Dewan Serbaguna Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Pretty, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.



Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan dan seterusnya menerima sumbangan dari persatuan tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA). Jumlah keseluruhan sumbangan yang diterima pada majlis berkenaan ialah sebanyak B$54,188.00.