2011-0811-taib01

Pada hari Khamis, 10 Ramadhan 1432H bersamaan 11 Ogos 2011M, bermula jam 5.15 petang, iaitu semasa Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa serta Majlis Penyampaian Sumbangan kepada DANA bertempat di Surau Airport Mall. Majlis dimulakan dengan sumbangan dari Kakitangan Perbadanan TAIB sebanyak B$3,497.47 (Ringgit Brunei : Tiga Ribu Empat Ratus Sembilan Puluh Tujuh dan Sen Empat Puluh Tujuh Sahaja) dan sumbangan dari Insurans Islam TAIB Sdn Bhd sebanyak B$10,000.00 (Ringgit Brunei : Sepuluh Ribu Sahaja) serta penyampaian "Pelan Tafakul Siswa Khas Untuk Anak-Anak Yatim" bagi tahun 2011 sebanyak $91,000.00 (Ringgit Brunei : Sembilan Puluh Satu Ribu Sahaja). 

 

2011-0811-taib02

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Penasihat di Perbadanan TAIB dan diterima oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Ketua Pegawai Eksekutif DANA.