2011-0317-ubd01

Pada hari Khamis, 12 Rabiulakhir 1432H bersamaan 17 Mac 2011M, bermula kira-kira jam 10.00 pagi, iaitu semasa Majlis Penyampaian Derma Kepada Badan-badan Kebajikan bertempat di The CORE, Kolej Kediaman Baru, Universiti Brunei Darussalam, telah juga diadakan majlis yang tersebut diatas.

Sumbangan sebanyak B$1,126.62 (Ringgit Brunei: Satu Ribu Satu Ratus Dua Puluh Enam dan Sen Enam Puluh Dua Sahaja) iaitu sumbangan dari hasil kutipan daripada acara Jogathon pada tahun 2007 dan 2009, disampaikan oleh Yang Mulia Dayangku Dr. Nurolaini binti Pengiran Haji Muhammad Kifli, Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Brunei Darussalam dan diterima oleh Yang Mulia Awang Samsudin bin Haji Puasa, Pemangku Penolong Pengarah Urusan 2 YSHHB bagi pihak DANA.

2011-0317-ubd02

2011-0317-ubd03