2012-0407-bomba01

Pada hari Sabtu, 15 Jamadilawal 1433H bersamaan 07 April 2012M, bermula jam 2.15 petang, iaitu semasa Majlis Penghargaan sempena Sambutan Ulangtahun Jabatan Bomba dan Penyelamat kali ke-52 Tahun 2012 bertempat di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas, telah juga diadakan majlis yang tersebut diatas. Sumbangan sebanyak B$500.00 (Ringgit Brunei : Lima Ratus sahaja) iaitu hasil kutipan dari Walkathon dan Karnival Amal sempena Hari Ulangtahun Jabatan Bomba dan Penyelamat kali ke-52 Tahun 2012.

2012-0407-bomba02

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis iaitu, Dato Paduka Awang Haji Abdul Majid bin Mangarshah, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan diterima oleh Haji Awang Hanafi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman, Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah selaku wakil Ketua Pegawai Eksekutif DANA.