2012-0803-iftariran01

Pada hari Jumaat, 14 Ramadhan 1433H bersamaan 03 Ogos 2012M, bermula kira-kira jam 5.45 petang, bertempat di Kedutaan Republik Islam Iran telah menjemput lima puluh (50) orang anak-anak yatim yang berdaftar di DANA yang berumur 14 tahun kebawah berserta penjaga masing-masing. Antara aturcara yang diadakan pada hari tersebut ialah berbuka puasa dan sumbangan berupa wang tunai disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Awang Mohammad Reza Havaseli Ashtiani, Duta Besar Republik Islam Iran. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Haji Brahim bin Haji Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif DANA serta Pegawai dan Kakitangan dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah selaku Sekretariat DANA.

2012-0803-iftariran02

2012-0803-iftariran03