DANA menerima sumbangan dari Alumni Penuntut-Penuntut Asrama Kerajaan Brunei Singapura (AKBS)

Pada hari Juma'at, 9 Syawal 1445 bersamaan 19 April 2024, DANA menerima sumbangan sebanyak B$4,610.00 dari Alumni Penuntut-Penuntut Asrama Kerajaan Brunei Singapura (AKBS) yang disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Hamid bin Haji Mohd. Jaafar selaku ahli Alumni Penuntut-Penuntut Asrama Kerajaan Brunei Singapura (AKBS) dan sumbangan tersebut diterima oleh Yang Mulia Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif DANA.