Pada hari Juma’at, 18 Ramadhan 1445 bersamaan 29 Mac 2024, DANA menerima sumbangan sebanyak B$5,000.00 dari Syarikat Hengyi Industries Sdn Bhd

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Awang Chen Liancai, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Hengyi Industries Sdn Bhd dan sumbangan tersebut diterima oleh Yang Mulia Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif DANA.