Pada hari Selasa, 28 Rabiulawal 1445H bersamaan 24 Oktober 2023M, Majlis Penyampaian Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim 2023 (AIPC-DANA 2023) kepada seramai 15 orang pelajar

yang terdiri daripada anak yatim yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam tahun 2022 iaitu Peperiksaan GCE ‘O’ Level seramai 5 orang, Peperiksaan Sijil-Sijil Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) seramai 5 orang dan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) seramai 5 orang. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA).