Pada 27 Januari 2023, Yang Mulia Awang Edzwan Zukri bin Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan, Pengerusi Syarikat Makan Ceria Sdn Bhd menyampaikan sumbangan orang ramai melalui hasil kutipan dari tabung DANA yang terdapat di restoran McDonald Gadong yang keseluruhannya berjumlah B$8,437.29 kepada DANA.

Sumbangan diterima oleh Yang Mulia Dayang Nur Qistina binti Haji Abang Nordin, Penolong Pegawai Yayasan bagi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif DANA pada Majlis ‘McDonald’s Brunei 30th Anniversary’