Pada 14 Disember 2022, Jawatankuasa Kerja Projek Bantuan Sosioekonomi (PBSE) Sukarelawan Yayasan menyampaikan sumbangan sebanyak BND2,009.00 iaitu hasil kutipan daripada aktiviti ‘fun fair’ semasa acara ‘Hari Bakarih Yayasan’ yang berlangsung pada 17 hingga 27 November 2022.



Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Nurul Amal Akmalina binti Haji Talip, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Projek Bantuan Sosio Ekonomi Sukarelawan YSHHB kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA.