Sumbangan Kepada DANA



DANA menerima sumbangan sebanyak B$11,950.00 dari Kumpulan Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu yang disampaikan oleh Pengerusi II Kumpulan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Jahrah binti Haji Mohamad dan diterima oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA.

Read more ...

Majlis Penerimaan Sumbangan bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim dari Persatuan Fuzhou Shiyyi

Pada 3 Jun 2019, pihak Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim telah menerima sumbangan daripada 58 penyumbang terdiri dari ahli Fu Zhou Shiyyi Association (Brunei) dan Fu Zhou Youth Committee. Majlis tersebut telah diadakan di Tingkat 4, Dewan Serbaguna Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Pretty, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.



Read more ...

Sumbangan daripada Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB)

Pada 19 Ramadhan 1440 bersamaan 25 Mei 2019, pihak Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) telah menerima sumbangan dari pihak Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan anak-anak syarikatnya bertempat di Masjid Ar-Rahman, Tanjung Bunut.



Read more ...

Majlis Doa Kesyukuran Sempena Memperingati Hari Ulang Tahun Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke 45-Tahun

Pada hari Isnin 13 Jamadilakhir 1440 Hijrah bersamaan 18 Februari 2019 Masihi, Pihak Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Memperingati Hari Ulang Tahun Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Yang Ke-45 Tahun bertempat di Tingkat 4, Dewan Serbaguna Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Pretty, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.



Read more ...

Majlis Pelancaran ‘SMS’ Brunei Prihatin Bagi DANA Tahun 2018-2019

2018-1126-sms01

Pada hari Isnin, 18 Rabiulawal 1440H bersamaan 26 November 2018M, Majlis Pelancaran 'SMS' Brunei Prihatin Bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) Tahun 2018-2019 dan Penyampaian Sumbangan DANA Dalam Bentuk Kupon Untuk Pembelian Peralatan dan Keperluan Persekolahan Anak-Anak Yatim DANA Bagi Tahun 2019 telah diadakan bertempat di Dewan Serba Guna, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof, Timbalan Pengerusi 1 Lembaga Pemegang Amanah DANA.

Read more ...

Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim (DANA) 2018 (AIPC-DANA 2018)

2018-0820-aipc06

Pada hari Isnin, 8 Zulhijjah 1439H bersamaan 20 Ogos 2018M, Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim 2018 (AIPC-DANA 2018) dan Penerimaan Sumbangan Hasil Kutipan 'SMS' Brunei Prihatin Bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) Tahun 2017-2018 bertempat di Dewan Serba Guna, Tingkat 4, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

Read more ...

Majlis Doa Kesyukuran Sempena Memperingati Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota

2018-0209-dpmm01

Pada 09 Februari 2018, pihak Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Memperingati Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah Menteri Kanan Di Jabatan Perdana Menteri Yang Ke 44 tahun.

Read more ...