Pada hari Selasa, 28 Rabiulawal 1445H bersamaan 24 Oktober 2023M, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) menerima hasil kutipan ‘SMS’ Brunei Prihatin Bagi DANA Tahun 2022-2023 seperti berikut:-

  • Melalui talian perkhidmatan DST sebanyak B$256,165.00 dan seterusnya sumbangan dari Syarikat DST sebanyak B$10,000.00 yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Radin Sufri Radin Basiuni, Ketua Pegawai Eksekutif DST.
  • Melalui talian perkhidmatan Progresif sebanyak BND38,995.00 dan seterusnya sumbangan dari Syarikat Progresif Sdn Bhd sebanyak BND2,000.00 yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Progresif Sdn Bhd.
  • Melalui talian perkhidmatan Imagine sebanyak BND2,884.00 yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Debbie Too, General Manager of Marketing Syarikat Imagine Sdn Bhd.