Majlis Doa Kesyukuran Sempena Memperingati Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ke - 50 Tahun



Pada hari isnin, 09 Sya'ban 1445H bersamaan 19 Februari 2024M, Majlis Doa Kesyukuran Sempena Memperingati Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Yang Ke - 50 Tahun.

Read more ...

Majlis Pelancaran ‘SMS’ Brunei Prihatin Bagi DANA Bagi Tahun 2023 - 2024 & Penyampaian Sumbangan DANA Dalam Bentuk Kupon Bagi Pembelian Peralatan Dan Keperluan Persekolahan Bagi Tahun 2024 kepada anak-anak yatim


Pada hari Sabtu, 3 Jamadilakhir 1445H bersamaan 16 Disember 2023M, Majlis Pelancaran ‘SMS’ Brunei Prihatin Bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) Bagi Tahun 2023 - 2024. ‘SMS’ Brunei Prihatin bagi DANA Tahun 2022 – 2023 dilancarkan oleh Tetamu Kehormat Majlis iaitu Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan selaku Pemangku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA.

Read more ...

DANA menerima hasil kutipan ‘SMS’ Brunei Prihatin Bagi DANA Tahun 2022-2023


Pada hari Selasa, 28 Rabiulawal 1445H bersamaan 24 Oktober 2023M, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) menerima hasil kutipan ‘SMS’ Brunei Prihatin Bagi DANA Tahun 2022-2023 seperti berikut:-

  • Melalui talian perkhidmatan DST sebanyak B$256,165.00 dan seterusnya sumbangan dari Syarikat DST sebanyak B$10,000.00 yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Radin Sufri Radin Basiuni, Ketua Pegawai Eksekutif DST.
  • Read more ...

    Majlis Penyampaian Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim 2023 (AIPC-DANA 2023)


    Pada hari Selasa, 28 Rabiulawal 1445H bersamaan 24 Oktober 2023M, Majlis Penyampaian Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim 2023 (AIPC-DANA 2023) kepada seramai 15 orang pelajar

    yang terdiri daripada anak yatim yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam tahun 2022 iaitu Peperiksaan GCE ‘O’ Level seramai 5 orang, Peperiksaan Sijil-Sijil Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) seramai 5 orang dan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) seramai 5 orang. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA).