Pada hari Isnin, 29 Rabiulakhir 1445H bersamaan 13 November 2023M, DANA menerima sumbangan sebanyak B$352.00 dari Pusat Tingkatan Enam Meragang iaitu hasil kutipan sempena aktiviti ‘beramal dalam jual beli PTEM’.


Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Haryani binti Haji Mohammad, Pengetua Pusat Tingkatan Enam Meragang kepada Yang Mulia Dayang Nur Qistina binti Haji Abang Nordin, Penolong Pegawai Yayasan bagi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif DANA.