Pada 19 Ramadhan 1440 bersamaan 25 Mei 2019, pihak Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) telah menerima sumbangan dari pihak Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan anak-anak syarikatnya bertempat di Masjid Ar-Rahman, Tanjung Bunut.




Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut dan seterusnya menyampaikan sumbangan ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Hj Awang Halbi bin Hj Mohd Yussof. Sumbangan-sumbangan yang disampaikan oleh seperti berikut:-


  • Sumbangan dari Perbadanan TAIB berjumlah sebanyak B$100,000.00
  • Sumbangan dari Insurans Islam TAIB Holdings Sdn. Bhd. (IITHSB) yang keseluruhannya berjumlah sebanyak B$20,000.00
  • Sumbangan dari pegawai dan kakitangan IITHSB sebanyak B$650.00
  • Sumbangan dari Darussalam Holdings Sdn. Bhd. sebanyak B$10,000.00


Kesemua sumbangan diterima oleh Yang Mulia Dato Paduka Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny, Ketua Pegawai Eksekutif DANA.