2016-0624-taib01

Pada 19 Ramadhan 1437H bersamaan 24 Jun 2016M pihak Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim telah menerima undangan daripada Pihak Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) untuk menghadiri Majlis Khatam Al-Quraan bagi Pegawai dan Kakitangan Pihak Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei, Insurance Taib Sdn Bhd dan Darussalam Holdings Sdn Bhd dan sumbangan kepada pihak Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim. Majlis tersebut diadakan di masjid kampong lumapas.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan menyempurnakan sumbangan tersebut ialah Pehin Datu Lailaraja Major General (B) Dato Paduka Seri Hj Awg Halbi Hj Mohd Yusof. Hadir untuk menerima sumbangan bagi pihak DANA ialah Awang Haji Brahim bin Haji Ismail selaku Ketua Pegawai Eksekutif DANA. Jumlah yang diterima ialah seperti berikut

  • Taib B$ 100,000.00
  • Takaful Keluarga B$10,000.00
  • Takaful Am B$10,000.00
  • Darussalam Holdings B$10,000.00