2016-0602-aipc05

Pada hari Khamis, 26 Syaaban 1437H bersamaan 2 Jun 2016M, Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim 2016 (AIPC-DANA 2016) dan Penerimaan Sumbangan Hasil Kutipan 'SMS' Brunei Prihatin Bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) Tahun 2015-2016 bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 4, Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Awang Ahmad Rithauddin bin Haji Sabtu, Pegawai Tugas-Tugas Khas Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Majlis diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif DANA (Chief Executive Officer of DANA).

2016-0602-aipc01

Majlis diteruskan dengan penerimaan sumbangan hasil kutipan daripada SMS Brunei Prihatin Bagi DANA Tahun 2015-2016 yang telah berjaya membuat kutipan dari orang ramai sebanyak B$110,601.00 (Ringgit Brunei: Seratus Sepuluh Ribu Enam Ratus dan Satu Sahaja). Projek tersebut berjalan selama selama lebih 2 bulan (67 hari) iaitu bermula dari 25 November 2015 hingga 31 Januari 2016. Dua buah syarikat telekomunikasi iaitu DST dan Progresif Cellular memberi kemudahan perkhidmatan SMS kepada para penyumbang yang membuat sumbangan kepada DANA. Manakala Jabatan Radio dan Televisyen Brunei (RTB) bertindak sebagai penyalur maklumat kepada orang ramai melalui rangkaian radio dan televisyen RTB. Selain promo SMS ditayangkan di RTB, promo tersebut juga ditayangkan di pawagam iaitu The Mall Cineplex dan Times Cineplex.

Sebahagian daripada jumlah tersebut iaitu sebanyak B$94,698.00 (Ringgit Brunei: Sembilan Puluh Empat Ribu Enam Ratus Sembilan Puluh Lapan Sahaja) berjaya dikutip melalui DST dan disampaikan oleh Awang Abdul Latiff bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Yusof, Ahli Lembaga Pengarah DST manakala sebahagiannya pula iaitu sebanyak B$15,903.00 (Ringgit Brunei: Lima Belas Ribu Sembilan Ratus Tiga Sahaja) berjaya dikutip melalui Progresif Cellular dan disampaikan oleh Dayang Normah binti Ahmad, wakil Progresif Cellular.Kedua-dua sumbangan daripada DST dan Progresif Cellular diterima oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Chairman of the Board of Trustees of DANA).

Seterusnya majlis diikuti dengan penerimaan sumbangan kepada DANA yang keseluruhannya berjumlah sebanyak B$36,376.30 (Ringgit Brunei: Tiga Puluh Enam Ribu Tiga Ratus Tujuh Puluh Enam dan Tiga Puluh Sahaja) daripada lima (5) pihak penyumbang iaitu:

  1. DST menyumbangkan sumbangan tahunan sebanyak B$20,000.00 (Ringgit Brunei: Dua Puluh Ribu Sahaja). Sumbangan daripada DST itu disampaikan oleh Awang Abdul Latiff bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Yusof, Ahli Lembaga Pengarah DST.
  2. Progresif Cellular Sdn Bhd menyampaikan sumbangan hasil kutipan Tabung-Tabung Dana Progresif Cellular yang ditempatkan di sebahagian cawangan Progresif Cellular sebanyak B$3,863.99 (Ringgit Brunei: Tiga Ribu Lapan Ratus Enam Puluh Tiga dan Sembilan Puluh Sembilan Sahaja). Sumbangan ini disampaikan oleh Dayang Normah binti Ahmad, wakil Progresif Cellular.
  3. Universiti Teknologi Brunei menyampaikan sumbangan hasil kutipan acara 'Jualan Amal dan Karnival' yang telah diadakan pada 27 hingga 29 Mei 2016 lalu iaitu sebanyak B$9,650.00 (Ringgit Brunei: Sembilan Ribu Enam Ratus Lima Puluh Sahaja). Sumbangan ini diserahkan oleh Pengiran Anak Muhammad Abdul Qayyum bin Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Haji Muhammad Bey Muntassir, Ketua Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Ekonomi dan Keusahawanan, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Brunei Sesi 2016/2017.
  4. Unit Pendidikan Khas menyampaikan sumbangan hasil kutipan acara 'Fun For Fund' anjuran jabatan berkenaan yang telah diadakan pada November 2015 yang lalu iaitu sebanyak B$862.31 (Ringgit Brunei: Lapan Ratus Enam Puluh Dua dan Tiga Puluh Satu Sahaja). Sumbangan ini disampaikan oleh Dayang Hajah Noriah binti Haji Ibrahim, Pemangku Timbalan Ketua Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan.
  5. Syarikat Samima Sdn Bhd menyumbangkan sebanyak B$2,000.00 (Ringgit Brunei: Dua Ribu Sahaja) yang disampaikan oleh Awang Mohamed Rafi bin Haji Tajudeen, wakil Syarikat Samima Sdn Bhd.

2016-0602-aipc02

2016-0602-aipc03

2016-0602-aipc04

Seramai tiga belas (13) orang pelajar yang terdiri dari anak yatim yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam tahun 2015 telah dipilih untuk menerima Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang DANA 2016 (AIPC-DANA 2016). Pelajar-pelajar yang menerima anugerah tersebut adalah seperti berikut:

1. Penerima AIPC-DANA 2016 bagi Peperiksaan Brunei Cambridge GCE 'O' Level ialah:

  • Awang Cavell Sim Kah Seng
  • Dayang Dewi Kartini binti Haji Hassan
  • Dayang Mek Ke Ling

Setiap seorang menerima 1 sijil penghargaan, 1 unit komputer berserta mesin pencetak, dan juga pakej kemudahan belajar selama 2 tahun dalam berbentuk wang tunai bernilai B$760.00 (Ringgit Brunei : Tujuh Ratus Enam Puluh Sahaja)

2. Penerima AIPC-DANA 2016 bagi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) ialah

  • Awangku Muhammad Hazim Wajihuddin bin Pengiran Muhammad Sallehin
  • Ampuan Hajib Mirza bin Ampuan Haji Mohammad
  • Dayang Sykirah binti Abdullah Aiman Kollane
  • Dayang Nurul Fitri Sofia binti Haji Rosli
  • Dayang Ummi Fasihah binti Haji Talipuddin

Setiap seorang menerima 1 sijil penghargaan, 1 unit komputer berserta mesin pencetak, dan juga pakej kemudahan belajar selama 2 tahun dalam bentuk wang tunai bernilai B$400.00. (Ringgit Brunei : Empat Ratus Sahaja)

3. Penerima AIPC-DANA 2016 bagi Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah 6 (SSSRU) ialah

  • Awang Muhammad Fikri bin Haji Masri
  • Dayang Siti Fatimah binti Oooy Abdul Rojak
  • Dayang Nur Syahidah binti Abdullah Abd Rashid @ Nur Ameerah
  • Dayang Nurul E'zatul Syafiqah binti Abdullah Mohammad Noor Iswaddy
  • Dayang Sonia binti Abdullah Jamaris

Setiap seorang menerima 1 sijil penghargaan, 1 unit komputer berserta mesin pencetak, dan juga wang simpanan sebanyak B$500.00 (Ringgit Brunei: Lima Ratus Sahaja ) yang telah pun dikreditkan terus ke Akaun DANA masing-masing di Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei.

Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang DANA pada tahun itu adalah merupakan kali ke-9 ianya diadakan yang mana tujuan utama mengadakan anugerah ini adalah sebagai pendorong kepada anak-anak yatim untuk menghargai kepentingan pendidikan dan sebagai penyuntik semangat dan galakan kepada mereka untuk terus berusaha bagi meraih kejayaan khususnya dalam bidang pelajaran. Majlis Penyampaian Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang DANA 2016 (AIPC-DANA 2016) tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim. Turut hadir dimajlis ini ialah Pengarah Radio dan Televisyen Brunei, pegawai-pegawai kanan Radio dan Televisyen Brunei, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, serta pegawai-pegawai dari DST dan Progresif Cellular, dan para penyumbang DANA