2017-0218-dpmm01

Pada Hari Sabtu, 21 Jamadilawal 1438H bersamaan 18 Februari 2017M Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) selaku Sekretariat Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ke-43 Tahun. Berangkat pada majlis tersebut, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir YSHHB.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah yang diimamkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin. Kemudian diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin dan bertahlil beramai-ramai dan seterusnya bacaan Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ke-43 Tahun. Acara diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.

Menjujung keberangkatan tiba YTM ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB dan juga selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA. Turut hadir dan menjunjung keberangkatan Yang Teramat Mulia ialah Mantan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku Timbalan Pengerusi I Lembaga Pengarah YSHHB dan Mantan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, selaku Timbalan Pengerusi II Lembaga Pengarah YSHHB. Juga hadir sama pada majlis tersebut, Menteri di JPM dan Mantan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, selaku Timbalan Pengerusi II Lembaga Pemegang Amanah DANA. Serta Ahli-Ahli Lembaga Pengarah YSHHB, Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah DANA, para jemputan khas di antaranya adalah sebahagian daripada para penyumbang tetap DANA, pegawai-pegawai dan kakitangan YSHHB serta guru-guru Sekolah YSHHB