2018-0613-fuzhou01

Pada 13 June 2018, pihak Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim telah menerima sumbangan daripada 64 orang ahli-ahli Fu Zhou Shiyyi Association (Brunei) dan Fu Zhou Youth Committee.

Majlis tersebut telah diadakan di Tingkat 4, Dewan Serbaguna Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Pretty, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

Hadir selaku tetamu kerhormat Majlis dan menerima sumbangan dari persatuan tersebut tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof. Timbalan Pengerusi 1 Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim . Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Penolong – Penolong Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Pegawai Dan Kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

2018-0613-fuzhou02

2018-0613-fuzhou04

2018-0613-fuzhou05

2018-0613-fuzhou06