2011-0822-iftariran01

Pada hari Isnin, 21 Ramadhan 1432H bersamaan 22 Ogos 2011M, bermula kira-kira jam 5.45 petang, bertempat di Kedutaam Republik Islam Iran telah menjemput lima puluh (50) orang anak-anak yatim yang berdaftar di DANA yang berumur 14 tahun kebawah berserta penjaga masing-masing. Antara aturcara yang diadakan pada hari tersebut ialah berbuka puasa dan sumbangan berupa wang tunai disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Awang Mohammad Reza Havaseli Ashtiani, Duta Besar Republik Islam Iran. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pegawai dan Kakitangan dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah selaku Sekretariat DANA.