Sesi bergambar ramai bersama penyumbang-penyumbang DANA.

Pada hari Khamis, 6 Zulhijjah 1445H bersamaan 13 Jun 2024, DANA menerima sumbangan daripada beberapa buah penyumbang yang mana telah diterima oleh Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu, Timbalan Menteri (Sekuriti Dan Undang-Undang) Di Jabatan Perdana Menteri selaku Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

DANA menerima sumbangan sebanyak B$3,500.00 dari Kumpulan Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu yang disampaikan oleh Yang Mulia Datin Hjh Nahrian Binti Hj Hasbi@Asbi selaku Pengerusi II Kumpulan.

DANA menerima sumbangan sebanyak B$1,650.00 dari International Women’s Club Brunei yang disampaikan oleh Yang Mulia Ungku Datin Hajah Fanzah binti Ungku Osman, Presiden International Women’s Club Brunei.

DANA menerima sumbangan sebanyak B$1,000.00 dari Syarikat Pasar Raya Pertama (Madang) yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Lim Kian Seng, Pengarah Urusan Syarikat Pasar Raya Pertama (Madang)

DANA menerima sumbangan sebanyak B$1000.00 dari Badan Kebajikan Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKPYSHHB).

DANA menerima sumbangan sebanyak B$500.00 dari Tabung Derma Khairat Pekerja-Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TADEKHA).