DANA menerima sumbangan dari Jabatan Perkhidmatan Awam dari hasil kutipan daripada Acara Riadah Amal Sempena Hari Perkhidmatan Awam kali ke-30.

Pada hari Selasa, 16 Zulkaedah 1445 bersamaan 25 Mei 2024, DANA menerima sumbangan sebanyak B$1,140.00 iaitu hasil kutipan daripada Acara Riadah Amal Sempena Hari Perkhidmatan Awam kali ke-30 bagi tahun 2023 dari Jabatan Perkhidmatan Awam yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Ajman bin Haji Meludin, Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam) Jabatan Perdana Menteri. Sumbangan tersebut diterima oleh Yang Mulia Awang Samsudin bin Haji Puasa, Pemangku Penolong Pengarah Urusan YSHHB bagi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif DANA.