Pada hari Rabu, 23 Ramadhan 1445 bersamaan 03 April 2024, DANA menerima sumbangan sebanyak B$4,460.45 dari Syarikat Takaful Brunei Darussalam Sdn Bhd dan Anak-Anak syarikatnya.

Sumbangan Tersebut disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Takaful Brunei. Sumbangan tersebut diterima oleh Yang Mulia Awang Samsudin bin Haji Puasa, Pemangku Penolong Pengarah Urusan YSHHB bagi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif DANA.