Pada hari Selasa, 22 Ramadan 1445 bersamaan 2 April 2024, Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) menerima sumbangan keseluruhan berjumlah BND75,381 daripada para dermawan daripada pelbagai pihak. Majlis diadakan di Dewan Serbaguna, Tingkat 4, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.



Sumbangan diterima daripada beberapa pihak seperti berikut:

  • Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah yang diwakili oleh Yang Mulia Cikgu Dayangku Hjh Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad, Pengetua Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah menyampaikan sumbangan sebanyak BND1,460.00. Sumbangan ini merupakan 8% kutipan daripada acara walkathon yang telah diadakan pada bulan November 2023.



  • Alumni Sultan’s Scholar diwakili oleh Yang Mulia Dayang Hajah Hafizah binti Dato Paduka Haji Mohd Nor, Naib Yang Di-Pertua Persatuan Alumni Sultan’s Scholars menyampaikan sumbangan sebanyak BND$1,170.00



  • Persatuan Fu Zhou Shiyyi (Brunei) iaitu seramai 92 orang ahli-ahli yang terdiri daripada syarikat perniagaan dan individu persatuan yang berjumlah keseluruhannya sebanyak BND72,751.00.



Kesemua sumbangan tersebut diterima oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua SELAKU Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA (Chairman of the DANA Board of Trustees) bagi pihak Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA).

Turut hadir ialah Yang Mulia Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan SELAKU Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Acting Chief Executive Officer of the DANA).




DANA sangat menghargai sokongan dan derma daripada para dermawan bagi sama-sama membantu DANA dalam usahanya untuk mempertingkatkan kesejahteraan hidup anak-anak yatim di Negara Brunei Darussalam.