Pada hari Sabtu, 3 Jamadilakhir 1445H bersamaan 16 Disember 2023M, Majlis Pelancaran ‘SMS’ Brunei Prihatin Bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) Bagi Tahun 2023 - 2024. ‘SMS’ Brunei Prihatin bagi DANA Tahun 2022 – 2023 dilancarkan oleh Tetamu Kehormat Majlis iaitu Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan selaku Pemangku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA.


Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) Dalam Bentuk Kupon Bagi Pembelian Peralatan Dan Keperluan Persekolahan Bagi Tahun 2024 kepada anak-anak yatim.

Nilai kupon sebanyak BND70.00 kepada anak-anak yatim yang berdaftar di Sekretariat DANA iaitu seramai 2,981 orang. Manakala bagi anak-anak yatim DANA yang berdaftar di sistem kebajikan negara akan menerima bantuan mereka dari agensi-agensi yang lain sama ada melalui Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Ugama Islam Brunei dan agensi-agensi lain yang berkenaan. Nilai keseluruhan kupon yang diserahkan pada majlis ini ialah sebanyak BND208,670.00

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah DANA kepada pegawai-pegawai daerah dan wakil pegawai daerah dari ke empat-empat daerah;

Yang Mulia Pengiran Md Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Brunei Dan Muara telah menerima kupon DANA untuk seramai 2,056 orang;

Yang Mulia Awang Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya, Pemangku Pegawai Daerah Tutong telah menerima kupon DANA untuk seramai 423 orang;

Yang Mulia Awang Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad, wakil Pemangku Pegawai Daerah Belait telah menerima kupon DANA untuk seramai 356 orang;

Yang Mulia Awangku Arif Anuar bin Pengiran Hj Ahmad, wakil Pemangku Pegawai Daerah Temburong telah menerima kupon DANA untuk seramai 146 orang