Pada 21 Mei 2023, DANA menerima sumbangan sebanyak B$4,000.00 dari To’kong China Bandar Seri Begawan yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Tetamu Kehormat Majlis

dan diterima oleh Yang Mulia Dr Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif DANA semasa Majlis Penyampaian Sumbangan Derma Kebajikan di Restoran Emperor’s Court, Bangunan Hua Ho Manggis Mall.