Pada 18 April 2023, DANA menerima sumbangan keseluruhan sebanyak B$66,339.00 daripada 77 orang ahli-ahli Persatuan FuZhou Shiyyi (Brunei)



Di majlis ini, seramai 44 ahli yang terdiri daripada syarikat perniagaan menyampaikan sumbangan mereka dan juga sumbangan dari ahli-ahli yang lain. Kesemua sumbangan tersebut diterima oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA