Pada 13 April 2023, Syarikat Takaful Brunei Darussalam Sdn Bhd telah menyerahkan sumbangan sebanyak B$5,408.20 iaitu sumbangan dari peserta-peserta yang menyertai Pelan Takaful Amal Jariah seramai 12 orang

dan sumbangan tersebut diterima oleh Yang Mulia Awang Samsudin bin Haji Puasa, Pemangku Penolong Pengarah Urusan YSHHB bagi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif DANA.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bin Haji Yusof, Penolong Mufti (Buhuth), Jabatan Mufti Kerajaan selaku Timbalan Pengerusi Badan Penasihat Syariah Takaful Brunei Darussalam Sdn Bhd dan diterima oleh Yang Mulia Awang Samsudin bin Haji Puasa, Pemangku Penolong Pengarah Urusan YSHHB bagi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif DANA semasa Majlis Sembahyang Hajat & Doa Selamat Sempena 30 Tahun Penubuhan STBD, Khatam Al-Quran dan Solat Fardhu Asar Berjemaah di Masjid Omar Ali Saifuddien, Jalan McArthur.