Pada 13 November 2022, DANA menerima sumbangan sebanyak B$10,000.00 iaitu hasil kutipan melalui acara ‘NBT Trophy 2022 Tournament’ anjuran bersama Persatuan Golf Brunei Darussalam (BDGA)dan NBT yang berlangsung di Empire Golf dan Country Club Jerudong.



Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Muda Haji Abdul Hakeem ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Di-Gadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah President Golf Brunei Darussalam (BDGA) dan Awang Haji Ahmad Omar bin Pehin Dato Haji Hussin Pengarah Urusan NBT Brunei, kepada Awang Samsudin bin Haji Puasa mewakili Ketua Pegawai Eksekutif DANA.