DANA menerima sumbangan sebanyak B$11,950.00 dari Kumpulan Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu yang disampaikan oleh Pengerusi II Kumpulan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Jahrah binti Haji Mohamad dan diterima oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA.



Sumbangan daripada Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah sebanyak B$1,300.00 yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayangku Noor Amaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad, Pengetua Maktab kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA.



DANA menerima sumbangan sebanyak B$1,000.00 dari Syarikat Petrofest Sdn Bhd yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Effendi bin Said, Pengarah Urusan Petrofest Sdn Bhd dan diterima oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA.



Brunei Student Union Wellbeing United Kingdom menyampaikan sumbangan kepada DANA sebanyak B$500.00. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hanah binti Omarali, Sekretari Student Union Wellbeing United Kingdom dan diterima oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA.



DANA menerima sumbangan keseluruhan sebanyak B$63,716.00 daripada 71 orang ahli-ahli Persatuan Fu Zhou Shiyyi (Brunei). Di majlis ini, seramai 39 ahli yang terdiri daripada syarikat perniagaan menyampaikan sumbangan mereka dan juga sumbangan dari ahli-ahli yang lain. Kesemua sumbangan tersebut diterima oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA.